fb fb fb fb fb

66 maut, angka korban kebakaran hotel peranginan Turkiye meningkat

Pasukan bomba bertungkus lumus memadam api kebakaran di hotel hotel peranginan ski Grand Kartal di Kartalkaya, Turkiye/Foto REUTERS

ISTANBUL, 21 Januari - Kebakaran di hotel peranginan ski Grand Kartal di Kartalkaya, Turkiye, telah meragut 66 nyawa dan mencederakan 51 orang, menurut Menteri Dalam Negeri Turki, Ali Yerlikaya.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 3:27 pagi dipercayai bermula di restoran hotel sebelum merebak dengan cepat.

Hotel tersebut, yang berstruktur kayu, menempatkan 238 tetamu sempena musim cuti sekolah.

Saksi melaporkan penghuni hotel cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan tali dan cadar, manakala tiga mangsa maut akibat terjun dari tingkap.

Seorang mangsa terselamat mendakwa tiada sistem amaran kebakaran berfungsi ketika kejadian.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mahu siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Enam pendakwa raya telah dilantik untuk menyiasat tragedi berkenaan.

Semua penghuni yang terselamat telah dipindahkan ke hotel berdekatan, sementara pihak berkuasa memberi amaran bangunan tersebut berisiko runtuh. - AFP

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN