fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.9 magnitud landa tengah Jepun

Gempa bumi kuat berukuran 5.9 magnitud mengegar Semenanjung Noto, Jepun, pagi tadi

TOKYO, 3 Jun- Gempa bumi kuat berukuran 5.9 magnitud mengegar bahagian tengah Jepun hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gegaran dirasai sekitar pukul 6.31 pagi waktu tempatan yang berpusat di Semenanjung Noto.

Ia diikuti gegaran susulan kira-kira 10 minit kemudian berukuran 4.8 magnitud.

Bagaimanapun, menurut pegawai tempatan, tiada kerosakan dan kecederaan dilaporkan kepada pihaknya setakat ini.

Kepulauan itu yang menempatkan kira-kira 125 juta orang mengalami sekitar 1,500 gegaran setiap tahun dan menyumbang kira-kira 18 peratus daripada gempa bumi di dunia.

Dalam gegaran pada 1 Januari lalu, lebih 230 orang maut di Semenanjung Noto, serta memusnahkan dan meruntuhkan beberapa bangunan sehingga menyebabkan kebakaran infrastruktur. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Angka korban akibat gempa di Jepun meningkat, lebih 200 orang masih hilang
Korban gempa bumi jepun kini cecah 213 orang, 52 masih hilang
Mangsa gempa di Jepun berdepan hujan, ancaman tanah runtuh
Tsunami kecil landa Korea Selatan selepas gempa bumi di Jepun
Gempa bumi di Jepun, tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat - KLN

SITI AISHAH MD ISA