fb fb fb fb fb

Korban gempa bumi jepun kini cecah 213 orang, 52 masih hilang

Pegawai polis wilayah Gunma melakukan tugas berhampiran runtuhan kawasan membeli-belah popular yang musnah akibat kebakaran di bandar Wajima, wilayah Ishikawa pada 11 Januari lalu/FOTO AFP

TOKYO, 11 Januari - Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Sejumlah 52 orang masih belum ditemukan manakala sekurang-kurangnya 567 lagi cedera, menurut penyiar NHK.

Sebanyak 98 kematian dilaporkan di Suzu manakala di Wajima seramai 83 orang dilaporkan terkorban, Anamizu (20) Nanao (lima), Noto (empat), Shika (dua) dan di Hakui (satu).

Selain itu, kerajaan wilayah berkenaan mengesahkan lapan kematian berkaitan bencana turut dilaporkan iaitu mangsa terselamat daripada gempa bumi tetapi meninggal dunia akibat kecederaan atau penyakit disebabkan tekanan fizikal dan mental selepas bencana. - BERNAMA-XINHUA

GRACE AISYAH KEDAYAN