fb fb fb fb fb

Presiden Surinam perlu 'lapor diri' untuk mulakan hukuman penjara minggu ini

Bekas presiden Surinam, Desi Bouterse

PARAMARIBO, 11 Januari- Bekas Presiden Surinam, Desi Bouterse, 78, mesti memulakan hukuman penjaranya minggu ini selepas didapati bersalah membunuh lawan politiknya lebih empat dekad lalu.

Bouterse dan empat yang lain dijatuhi hukuman penjara 20 tahun, mesti melapor diri kepada pihak berkuasa pada hari Jumaat, kata pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan, tanpa menamakan penjara mana bekas presiden itu akan ditahan.

Pada Disember, mahkamah tertinggi negara Amerika Selatan itu mengekalkan sabitan terhadap Bouterse pada 2019 atas pembunuhan terhadap 15 orang; terdiri daripada peguam, wartawan, ahli perniagaan dan anggota tentera pada Disember 1982, dua tahun selepas dia mengambil alih kuasa berikutan rampasan kuasa.

Bouterse, bekas orang kuat yang mengetuai dua rampasan kuasa dan juga berkhidmat sebagai presiden yang dipilih di negara bekas jajahan Belanda itu sehingga 2020, kekal bebas menunggu keputusan kesnya.

Julai lalu, Bouterse yang kekal popular, terutama dalam golongan miskin dan pekerja berkata beliau akan menghormati keputusan itu.

Dia tidak berada di mahkamah untuk penghakiman dalam pendengaran rayuannya, yang menutup prosiding jenayah selama 16 tahun.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE