fb fb fb fb fb

KIA, Uber tanda tangan MoU pengeluaran EV

MoU antara KIA dan Uber ditandatangani semasa Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas

LAS VEGAS, 11 Januari- Platform e-hailing AS Uber dan pembuat kereta Korea Selatan KIA menandatangani perjanjian untuk mengeluarkan kenderaan elektrik.

MoU ditandatangani semasa Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas.

Dalam kenyataan akhbar bersama, kedua-dua syarikat itu berkata mereka komited untuk bekerjasama dalam pembangunan bagi siri baharu kenderaan elektrik KIA.

Pada Isnin, KIA memperkenalkan kereta baharu yang terdiri daripada satu model standard dengan komponen bertukar-tukar dan bahagian atas yang boleh ditukar untuk mencipta pelbagai jenis kenderaan.

Konsep itu dipanggil "Platform Beyond Vehicle" (PBV).

"Walaupun semua varian akan berdasarkan fleksibiliti modular yang sama bagi model asas, ia masing-masing akan menawarkan set ciri unik, dengan pengoptimuman khusus Uber yang disesuaikan untuk pasaran e-hailing," kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

Perkongsian itu bertujuan untuk "meningkatkan tawaran kenderaan elektrik yang tersedia pada platform mobiliti Uber," kata mereka.

Syarikat-syarikat itu berkata mereka berhasrat untuk bekerjasama dalam menyederhanakan jumlah kos pemilikan kenderaan.

"Pemandu di platform Uber sudah pun menjadi pengguna awal EV, menggunakan tenaga elektrik enam hingga tujuh kali lebih pantas daripada penduduk secara umum di AS dan Eropah," kata Susan Anderson, Ketua Pembangunan Perniagaan Uber.

Matlamat KIA adalah untuk menghasilkan 150,000 PBV menjelang 2025 dan meningkatkan kadar kepada 300,000 setahun menjelang 2030.- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE