fb fb fb fb fb

PM Papua New Guinea kecam disiplin buruk pasukan polis sehingga berlaku rusuhan

FOTO AFP

PORT MORESBY, 11 Januari- Disiplin buruk dalam pasukan polis tidak boleh diterima, kata Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape, sehari selepas protes oleh polis dan sektor awam berhubung pemotongan gaji yang bertukar menjadi rusuhan mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang. .

Lapan orang maut dalam rusuhan di ibu negara Port Moresby manakala tujuh lagi terbunuh di Lae, di utara negara itu, lapor ABC, memetik maklumat terkini daripada polis.

Bercakap pada sidang media, Marape berkata bantuan akan diberikan kepada perniagaan yang terjejas akibat rompakan dan pembakaran hasil rusuhan berkenaan.

Semalam, sekumpulan besar polis dan penjawat awam lain melancarkan protes di Bangunan Parlimen dan Unagi Oval untuk mengecam kesalahan pembayaran gaji.

Situasi itu, menurut pegawai atasan berpunca daripada masalah pentadbiran.

Demonstrasi bertukar menjadi ganas apabila orang awam mula merusuh dengan memecahkan bangunan komersial serta merompak kedai-kedai.

Susulan itu, Kabinet telah mengarahkan tentera untuk memulihkan keadaan di ibu negara.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE