fb fb fb fb fb

China buat aduan berhubung serangan ke atas kedai-kedainya di Papua New Guinea

Foto menunjukkan seorang lelaki menolak troli penuh dengan barangan yang dicuri ketika rusuhan, antaranya barangan berjenama Huawei / AFP

BEIJING, 11 Januari- Beijing telah membuat mengemukakan representasi serius dengan Papua New Guinea melalui pejabat kedutaannya selepas beberapa perniagaan milik China diserang semasa rusuhan.

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam keganasan di dua bandar terbesar di Papua New Guinea, kata polis pada Khamis.

"Perusuh memecah, merompak dan membakar beberapa kemudahan komersial termasuk kedai-kedai milik warga China," menurut kenyataan kedutaan mengenai rusuhan di ibu negara Port Moresby.

Beijing berkata ia menyeru Papua New Guinea untuk mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan warganegara dan perniagaan China, dan mengenakan hukuman berat ke atas pelaku.

"Pejabat kedutaan di Papua New Guinea sekali lagi mengingatkan rakyat dan institusi China di negara itu supaya memberi perhatian yang teliti terhadap situasi keselamatan tempatan, memperkukuh langkah keselamatan, menahan diri daripada keluar kecuali perlu, menjauhi orang ramai dan memastikan keselamatan diri," jelas kenyataan itu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE