fb fb fb fb fb

Ahli Perniagaan Wanita bakal Presiden baharu Iceland

Bakal Presiden Iceland, Halla Tomasdottir/Foto Facebook hallatomas

REKYKJAVIK, 2 Jun- Ahli perniagaan wanita, Halla Tomasdottir bakal diumumkan sebagai Presiden baharu Iceland selepas keputusan pilihan raya menunjukkan Tomasdottir berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Katrin Jakobsdottir yang dianggap pengkritik sebagai terlalu bersifat politik untuk menjawat jawatan Presiden.

Jakobsdottir telah mengaku kalah pada Ahad dan mengucapkan tahniah kepada Tomasdottir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif 'The Team B iaitu salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan oleh taikun perniagaan UK, Richard Branson bagi mempromosikan perniagaan yang memfokuskan kepada kemanusiaan dan iklim.

Tomasdottir 55 tahun secara rasmi mendapat 34.6 peratus undian selepas 71.6 peratus kertas undi dikira.

Sementara itu, Jakobsdottir 48 tahun yang meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri pada April lalu berjaya mendapat 25 peratus undian.

Kemenangan itu menyaksikan Tomasdottir dilantik sebagai Presiden wanita kedua Iceland.

Pada 1980, Vigdis Finnbogadottir dilantik sebagai Presiden wanita pertama di dunia menjawat jawatan Presiden.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD