fb fb fb fb fb

Gempa bumi: 20 maut di hospital utama Myanmar

Foto AFP

NAYPYIDAW, 28 Mac- Kira-kira 20 orang maut di sebuah hospital utama di ibu negara Myanmar selepas gempa bumi besar melanda negara itu hari ini, kata seorang doktor kepada AFP.

"Setakat ini, sekitar 20 orang maut selepas tiba di hospital kami.

"Ramai yang cedera," kata doktor di hospital umum di Naypyidaw yang enggan namanya didedahkan kepada wartawan.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar tengah.

Gempa yang menyebabkan kemusanahan teruk itu turut menggegarkan beberapa negara lain, termasuk Thailand.- AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM