MYANMAR, 28 Mac- Junta Myanmar memohon bantuan kemanusiaan antarabangsa dan mengisytiharkan darurat di enam wilayah selepas gempa bumi kuat melanda negara itu pada Jumaat.
Menurut Junta Myanmar, kawasan terjejas termasuk Sagaing, Mandalay, Magway, Naypyidaw, dan Bago.
"Derma darah diperlukan untuk pesakit di Mandalay, Naypyidaw, dan Sagaing," menurut kenyataan itu.
Jurucakap junta, Zaw Min Tun, memohon agar masyarakat antarabangsa memberikan bantuan kemanusiaan secepat mungkin.
Terdahulu, Ketua junta, Min Aung Hlaing, dilihat tiba di sebuah hospital di Naypyidaw di mana mangsa yang cedera sedang dirawat selepas gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar tengah.
Setakat ini, jumlah korban masih belum diumumkan, namun ia berkemungkinan melibatkan skala yang besar selepas kerajaan tentera itu meminta bantuan antarabangsa.- AFP
BERITA BERKAITAN: