MARJAYOUN, 28 Mac- Kepulan asap tebal dilihat kelihatan di Kampung Khiam, selatan Lubnan pada Jumaat selepas serangan udara Israel.
Menurut wartawan REUTERS, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kerajaan Lubnan mahupun Hizbullah mengenai perkara tersebut.
Terdahulu, artileri dan serangan udara Israel melanda selatan Lubnan pada Sabtu selepas Israel mengatakan mereka telah memintas roket yang dilancarkan dari seberang sempadan.
Hizbullah yang menafikan bertanggungjawab ke atas roket yang dilancarkan pada Sabtu, mengatakan mereka "tiada kaitan" dengan pelancaran itu.
Kumpulan berkenaan juga kekal komited dengan gencatan senjata.- REUTERS