fb fb fb fb fb

Gempa bumi: Tiga pekerja terkorban dalam runtuhan menara di Bangkok

Foto AFP

BANGKOK, 28 Mac- Sekurang-kurangnya tiga pekerja terkorban apabila sebuah menara setinggi 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Bangkok selepas gempa bumi kuat pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.

Jelasnya, 81 orang terperangkap di dalam runtuhan selepas kejadian itu.

Kejadian berlaku susulan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud yang berpusat di Myanmar.- AFP

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM