fb fb fb fb fb

Gempa bumi Myanmar: WHO aktifkan sistem pengurusan kecemasan

Foto AFP

GENEVA, 28 Mac- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengaktifkan sistem pengurusan kecemasan sebagai tindak balas terhadap gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat.

Menurut jurucakap WHO, Margaret Harris, pihaknya kini sedang menggerakkan pusat logistiknya di Dubai untuk menyediakan bekalan bagi kecederaan trauma.

"WHO sedang mengkoordinasikan respons terhadap gempa bumi ini dari ibu pejabat kami di Geneva kerana kami menganggap kejadian ini sebagai sesuatu yang sangat teruk, dengan ancaman besar terhadap kehidupan dan kesihatan.

"Kami telah mengaktifkan pusat logistik kami untuk mencari bekalan trauma serta alat seperti fixer luaran kerana kami menjangkakan banyak kecederaan yang perlu ditangani," kata Harris dalam satu taklimat media.

Beliau juga berkata, berdasarkan pengalaman WHO menangani gempa bumi di Turkiye-Syria pada 2023, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pengagihan ubat-ubatan penting, sementara infrastruktur kesihatan di Myanmar yang berkemungkinan telah rosak teruk.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM