SYDNEY, 16 Mac- New South Wales, Australia berada dalam gelombang panas sekali gus meningkatkan risiko kebakaran belukar dan mendorong pihak berkuasa mengeluarkan larangan kebakaran sepenuhnya untuk ibu negeri Sydney.
New South Wales menjadi tumpuan bencana kebakaran hutan menjelang penghujung musim kebakaran belukar berisiko tinggi sehingga penghujung Mac.
Peramal cuaca negara memaklumkan suhu akan meningkat hingga 12 darjah Celsius (°C) melebihi purata di beberapa kawasan di negeri itu, dengan suhu di Sydney, bandar paling ramai penduduk di Australia, dijangka mencecah 37°C.
Di Lapangan Terbang Sydney pula suhu mencecah 29.3°C pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan, lebih tiga darjah melebihi purata suhu maksimum Mac, menurut data peramal.
Menurut peramal cuaca, angin kencang, menyebabkan keadaan panas dan kelembapan relatif rendah selain mewujudkan ancaman bahaya kebakaran melampau di wilayah Sydney.- Reuters