fb fb fb fb fb

Gelombang haba di Mexico, punca 234 monyet jenis Howler mati

Foto Reuters

BANDAR MEXICO, 24 Jun- Sekurang-kurangnya 234 ekor monyet jenis Howler telah mati di hutan tropika di negeri Tabasco di tenggara Mexico, kata sebuah organisasi hidupan liar, Cobius pada Isnin.

Kes gelombang haba di seluruh negara dilapor menjadi punca terhadap kepupusan spesies monyet terancam tersebut, dimana angkanya mencecah tiga kali ganda berbanding bulan lalu.

Lebih 200 kematian hanya mewakili kawasan yang dapat dikaji oleh kumpulan pemuliharaan hidupan liar Mexico, bagaimanapun mereka menjangkakan angka adalah lebih tinggi.

Media tempatan pada Mei melaporkan sekurang-kurangnya 85 kematian monyet howler, ketika suhu melepasi 45C (113°F) di tengah-tengah kemarau berpanjangan yang telah mengeringkan takungan negara, hanya kini mula diisi semula menjelang permulaan musim hujan.

"Walaupun hujan telah bermula di seluruh negara, ia tidak akan menyelesaikan isu ini sebaliknya hanya memberi sedikit masa untuk melakukan tindakan pemuliharaan sebenar," kata Cobius dalam satu kenyataan yang diterbitkan di media sosial.

Walaupun negeri Tabasco menghadapi suhu tinggi yang konsisten, Cobius berkata faktor kepupusan populasi monyet howler juga adalah disebabkan pemburuan, pembalakan berlebihan, kemerosotan habitat, persaingan untuk mendapatkan ruang dan penyakit baharu yang disebarkan oleh manusia dan haiwan peliharaan.

"Faktor-faktor ini, dalam sinergi dengan suhu yang lebih tinggi, menyebabkan tekanan haba yang menyebabkan keradangan akut dan lebih-lebih lagi menyumbang kepada tindak balas sistem imun yang tidak cekap sama sekali," tambah Cobius.

Ia berkata beberapa monyet yang dikajinya mengalami edema pulmonari atau paru-paru basah, selepas terhidu asap daripada kebakaran hutan.

Monyet howler mantel, tinggal di Mexico, Amerika Tengah, Colombia dan Ecuador, diklasifikasikan sebagai terdedah dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), yang kali terakhir menjalankan penilaian global pada 2015.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM