Penerbangan MH8110 ambil langkah berjaga-jaga, mendarat di Oman

Foto BERNAMA

MEKAH, 4 Mei – Penerbangan KT051 (MH8110) yang membawa jemaah haji Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada pukul 4.11 petang waktu tempatan susulan isu teknikal pesawat.

RINGKASAN BERITA AI
  • TH mengesahkan semua 278 jemaah haji berada dalam keadaan selamat; keluarga tidak perlu bimbang.
  • Penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2.06 petang, dijadual tiba di Jeddah pada jam 5.50 petang.
  • AMAL by Malaysia Airlines akan membuat penilaian ke atas pesawat sebelum membuat keputusan selanjutnya mengenai penerbangan tersebut.
  • Jika perlu, semua jemaah akan ditempatkan di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah; perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua 278 jemaah haji berada dalam keadaan selamat dan keluarga mereka tidak perlu bimbang.

“Penerbangan berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin, jam 2.06 petang waktu Malaysia dan dijadualkan tiba di Jeddah sekitar pukul 5.50 petang hari yang sama.

“Pihak AMAL by Malaysia Airlines akan membuat penilaian ke atas pesawat sebelum membuat keputusan selanjutnya mengenai penerbangan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya perlu, semua jemaah akan ditempatkan di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah. TH turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.