fb fb fb fb fb

Gangguan siber jejas operasi IT Sukan Olimpik Paris

Penganjur Sukan Olimpik Paris berkata mereka mengalami masalah yang dikaitkan dengan gangguan sistem komputer utama di seluruh dunia, seminggu sebelum upacara pembukaan sukan itu berlangsung / Foto AFP

PARIS, 19 Julai - Penganjur Sukan Olimpik Paris hari ini berkata mereka mengalami masalah yang dikaitkan dengan gangguan sistem komputer utama di seluruh dunia, seminggu sebelum upacara pembukaan sukan itu berlangsung.

"Paris 2024 sedar tentang isu teknikal global yang menjejaskan perisian Microsoft. Isu ini memberi kesan kepada operasi IT Paris 2024," kata penganjur.

"Pasukan teknikal Paris 2024 telah digerakkan sepenuhnya untuk mengurangkan kesan isu-isu ini dan kami telah mengaktifkan pelan luar jangka untuk meneruskan operasi," tambah mereka.

Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Paris berkata masalah itu menjejaskan sistem akreditasi dengan sesetengah orang tidak dapat mengambil lencana sebelum majlis perasmian Jumaat depan di Sungai Seine.

Jawatankuasa itu berkata, gangguan itu tidak menjejaskan jualan tiket dan larian obor Olimpik akan diteruskan seperti yang dirancang.

"Ini tidak mempersoalkan keselamatan akses kepada maklumat penting," kata Ketua Jawatankuasa Penganjur Paris 2024 Tony Estanguet.

"Sebaliknya, untuk operasi di lapangan, untuk kedatangan atlet dan delegas untuk mengeluarkan pentauliahan, ia melambatkan operasi kami. Kami sedang menyesuaikan diri."-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN