fb fb fb fb fb

CIA: Cadangan gencatan senjata Gaza dalam beberapa hari

Satu cadangan gencatan senjata yang lebih terperinci bagi menamatkan perang di Gaza akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang / Foto Reuters

LONDON, 8 September - Satu cadangan gencatan senjata yang lebih terperinci bagi menamatkan perang di Gaza akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang, kata Ketua CIA, yang juga ketua perunding Amerika Syarikat.

Selepas 11 bulan konflik di Gaza, Pengarah CIA William Burns berkata beliau bekerja keras pada "teks dan formula kreatif" bersama perantara Qatar dan Mesir untuk memastikan gencatan senjata, dengan mencari cadangan yang memuaskan kedua-dua pihak.

"Kami akan membuat cadangan yang lebih terperinci ini, saya harap dalam beberapa hari akan datang dan kemudian kita akan lihat," kata Burns.

Burns menambah bahawa ia adalah persoalan mengenai kehendak politik dan beliau berharap pemimpin di kedua-dua pihak menyedari "masanya telah tiba untuk membuat beberapa pilihan sukar dan kompromi yang sukar".

Beliau berkata 90 peratus perenggan telah dipersetujui namun baki 10 peratus terakhir merupakan yang paling sukar.

"Harapan saya adalah mereka menyedari apa yang dipertaruhkan di sini dan bersedia untuk bergerak ke hadapan berdasarkan itu," katanya.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN