
KUALA LUMPUR, 14 Julai – Semua ahli Parlimen perlu mengemukakan laporan kesihatan, selewat-lewatnya 30 oktober ini.
- Laporan kesihatan penting supaya Parlimen mempunyai maklumat awal mengenai tahap kesihatan setiap ahli.
- Maklumat kesihatan boleh terus dihantar ke hospital sekiranya berlaku kecemasan atau perlu rawatan.
- Ahli Parlimen dibenarkan pemeriksaan di luar Parlimen tetapi dokumen mesti diserahkan kepada doktor Parlimen untuk rekod.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Seri Dr Johari Abdul berkata, langkah itu penting agar Pihak Parlimen mempunyai maklumat awal tahap kesihatan setiap wakil rakyat.
“Laporan kesihatan Yang Berhormat ini penting untuk kita ada di Parlimen, sebab kalau apa-apa jadi kepada Yang Berhormat, kita dah ada maklumat awal.
“Jadi kalau pun kita terpaksa menghantar Yang Berhormat ke hospital, maklumat yang ada pada kita itu terus kita hantar ke hospital,” katanya sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau, ahli Parlimen juga dibenarkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di luar Parlimen.
Bagaimanapun, laporan atau dokumen pemeriksaan itu perlu diserahkan kepada doktor bertugas di Parlimen, untuk tujuan rekod dan simpanan.