fb fb fb fb fb

Burkina Faso tubuh kerajaan interim

OUAGADOUGOU, 6 Mac- Pemangku Presiden Burkina Faso, Paul-Henri Damiba, meluluskan pembentukan satu kerajaan baharu.

Ia turut menyenaraikan Menteri Pertahanan sama yang berkhidmat di bawah bekas Presiden, Roch Kabore, yang sebelum ini telah digulingkan pasukan tentera.

Kerajaan baharu itu merangkumi 25 menteri, termasuk Jeneral Barthelemy Simpore, yang kekal memegang jawatan Menteri Pertahanan di bawah pentadbiran baharu.

 (FOTO AFP)

Damiba dilantik sebagai pemangku Presiden selama tiga tahun bermula Rabu lalu, selepas mengetuai sejumlah anggota pentadbiran untuk menggulingkan Kabore pada Januari.

Rampasan kuasa itu didakwa berikutan kekecewaan memuncak disebabkan keganasan militan yang semakin membimbangkan.

Pentadbiran baharu Burkina Faso perlu mengekang keganasan pemberontak yang menguasai sejumlah kawasan di wilayah Burkinabe, yang menyebabkan kerugian sumber negara itu. -REUTERS

Media Baharu