fb fb fb fb fb

Biden gagal dapat komitmen keselamatan serantau Arab merangkumi Israel

(Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden/REUTERS)

JEDDAH, 17 Julai- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu pemimpin Arab pada Sabtu bahawa AS akan kekal komited di rantau Timur Tengah walaupun beliau gagal mendapatkan komitmen terhadap paksi keselamatan serantau yang akan merangkumi Israel termasuk jaminan bekalan pengeluaran minyak utama secara segera.

"Amerika Syarikat (AS) melabur untuk membina masa depan positif rantau ini, dengan kerjasama anda semua (negara Arab) dan AS tidak akan berganjak, menurut transkrip ucapannya.

Biden, yang memulakan lawatan pertamanya ke Timur Tengah sebagai presiden sebelum meneruskan lawatan ke Israel, membentangkan visi dan strateginya untuk penglibatan AS di Timur Tengah pada sidang kemuncak Arab di Jeddah.

Walaupun dokumen dan kenyataan rasmi berhubung sidang kemuncak itu tidak jelas, dengan Arab Saudi, selaku sekutu negara Arab terpenting Washington sering bercanggah pendapat terhadap AS, harapan tetap ditekkan agar sidang kemuncak itu dapat membantu meletakkan asas bagi pakatan keselamatan serantau termasuk Israel untuk memerangi ancaman Iran.

Semasa pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, Biden membangkitkan isu hak asasi manusia yang sangat sensitif, menarik kritikan balas daripada putera mahkota berkenaan.

"Kami percaya ada nilai besar dalam memasukkan sebanyak mungkin kekuatan di rantau ini dan sudah tentu Israel mempunyai keupayaan pertahanan udara dan peluru berpandu yang ketara, seperti yang mereka perlukan, tetapi kami sedang mengadakan perbincangan ini secara dua hala dengan negara-negara ini," pegawai kanan pentadbiran dipetik berkata kepada pemberita.

Pelan untuk menghubungkan sistem pertahanan udara boleh menjadi tawaran sukar bagi negara Arab yang tidak mahu mempunyai hubungan dengan Israel.

Ia juga agak mustahil bagi negara Arab yang menolak untuk menjadi sebahagian daripada pakatan dilihat sebagai menentang Iran serta mempunyai rangkaian proksi serantau yang kuat termasuk Iraq, Lubnan dan Yaman.

(Raja Saudi Salman bin Abdulaziz menerima kunjungan Presiden AS Joe Biden
di Istana Al Salman setibanya di Jeddah, Arab Saudi, 15 Julai 2022/REUTERS)

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, berkata beliau tidak mengetahui sebarang perbincangan mengenai pakatan pertahanan Teluk-Israel dan kerajaan itu tidak terlibat dalam rundingan sedemikian.

Beliau memberitahu pemberita selepas sidang kemuncak AS-Arab bahawa keputusan Riyadh untuk membuka ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan tidak ada kaitan dengan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel dan bukan pelopor kepada langkah selanjutnya.

Sidang Kemuncak itu turut dihadiri anggota Majlis Kerjasama Teluk seperti Mesir, Jordan dan Iraq.

Biden menamatkan rangka lawatan empat hari ke Timur Tengah pada Sabtu selepas melawat Arab Saudi, Israel dan Tebing Barat.

Lawatan itu dilihat sebagai cubaan AS mengukuhkan kepimpinannya di Timur Barat mengatasi China dan Rusia selepas Moscow didakwa melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Berucap pada persidangan itu, Putera Mahkota Saudi, Prince Mohammed bin Salman berkata mesyuarat itu diadakan tepat pada masanya ketika dunia berdepan pelbagai cabaran besar.

Beliau turut menggesa Iran yang dianggap sebagai pesaing serantau di negara Teluk supaya bekerjasama dan tidak mencampuri hal ehwal serantau.-REUTERS

Media Baharu