fb fb fb fb fb

Korban banjir di Afghanistan meningkat 200 orang - PBB

Sungai yang dilitupi lumpur selepas banjir kilat di Kampung Logariha di daerah Nahrin, wilayah Baghlan, semalam/AFP

KABUL, 11 Mei- Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda utara Afghanistan telah meningkat lebih 200 orang, lapor Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB (IOM) memaklumkan korban berkenaan membabitkan penduduk di wilayah Baghlan yang dilanda hujan lebat pada Jumaat lepas.

"Di daerah Baghlani Jadid sahaja, hampir 1,500 rumah rosak atau musnah dan lebih 100 orang maut," kata Ketua Tindak Balas Kecemasan IOM, memetik angka daripada Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan.

Selain wilayah Baghlan, wilayah Badakhshan, wilayah Ghor tengah dan barat Herat turut mengalami kerosakan harta benda yang teruk. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Angka kematian akibat banjir di Baghlan dikhuatiri terus meningkat
Lima hari dilanda hujan lebat, 70 maut di Afghanistan

SITI AISHAH MD ISA