KABUL, 18 April- Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan 56 lagi mengalami kecederaan akibat hujan lebat yang melanda Afghanistan sejak lima hari lalu.
Jurucakap pengurusan bencana, Janan Sayeq berkata, kebanyakkan kematian berpunca daripada bumbung rumah atau bangunan yang runtuh,
Sementara itu, lebih 2,600 rumah rosak dan 95,000 ekar ladang musnah dinaiki air.
Negara jirannya, Pakistan juga dilapor dilanda hujan lebat dengan kira-kira 65 kematian direkodkan dalam insiden berkaitan ribut. -AFP