fb fb fb fb fb

Angka kematian akibat banjir di Baghlan dikhuatiri terus meningkat

BAGHLAN, 11 Mei - Sekurang-kurangnya 50 orang maut dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan dalam kejadian banjir berikutan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat (10 Mei), kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

Menurutnya angka kematian dijangka terus meningkat.

Jurucakap kementerian Abdul Mateen Qaniee berkata lima daerah di Baghlan dilanda banjir dengan lebih 150 terperangkap dan memerlukan bantuan segera.

Dua kejadian ribut lebat diramalkan berlaku pada malam Jumaat, tambahnya.

"Kementerian Dalam Negeri telah menghantar pasukan dan helikopter ke kawasan itu, tetapi disebabkan kekurangan lampu penglihatan malam dalam helikopter, operasi itu mungkin tidak berjaya," kata Qaniee. - REUTERS

TETITIA YUSOFF