fb fb fb fb fb

Bas jatuh sungai, tiga orang maut

Foto REUTERS

ST. PETERSBURG, 10 Mei- Tiga orang maut selepas sebuah bas terjatuh dari jambatan dan terjunam ke dalam sungai Moika di bandar St. Petersburg, Rusia hari ini.

Memetik agensi berita TASS, pihak berkuasa tempatan berkata insiden turut menyebabkan enam penumpang dikejarkan ke hospital.

Ketika kejadian, bas berkenaan dinaiki kira-kira 20 penumpang.

Menurut TASS, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa telah selesai dijalankan.

Pemandu bas terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.-REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM