fb fb fb fb fb

Marah resolusi pertimbang keanggotaan penuh Palestin diluluskan, Duta Israel koyak Piagam PBB

FOTO REUTERS

NEW YORK, 11 Mei- Duta Israel ke PBB Gilad Erdan mengambil mesin carik kecil di podium Perhimpunan Agung pada Jumaat (10 Mei) dan mencincang beberapa muka surat Piagam PBB ketika beliau berucap di Perhimpunan.

Erdan kelihatan berang dan tindakan itu disifatkannya sebagai bantahan kepada PBB yang meluluskan resolusi pertimbang keanggotaan penuh Palestin.

Perhimpunan yang diadakan pada Jumaat menerima pakai resolusi dengan 143 undi menyokong dan sembilan menentang termasuk A.S. dan Israel manakala 25 negara berkecuali.

Resolusi itu memberi rakyat Palestin 'hak dan keistimewaan tambahan' bermula pada sesi Perhimpunan Agung akan datang, pada September.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE