LIMA, 11 Mei- Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori, 85, yang dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman 16 tahun kerana jenayah kemanusiaan didiagnos menghidap kanser lidah.
"Setelah saya mendapatkan kembali kebebasan saya, saya menghadapi 'pertempuran' baharu pula," katanya dalam video disiarkan menerusi platform media sosial X.
Fujimori yang juga menderita tumor paru-paru pada 2018 serta masalah jantung telah menjalani beberapa kali pembedahan untuk merawat lidahnya.
"(Namun) hasilnya mengesahkan tumor baru yang didiagnosis itu sebagai 'malignan' (cenderung menjadi lebih teruk atau mengakibatkan maut). Jadi saya akan memulakan rawatan bersama keluarga," tambahnya.
Fujimori memegang jawatan presiden dari 1990 hingga 2000 dijatuhi hukuman penjara 25 tahun pada 2009 atas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera dalam operasi antipengganas pada 1991 dan 1992.
Operasi berkenaan telah membunuh sekurang-kurangnya 25 orang termasuk kanak-kanak.
Beliau kemudian dibebaskan pada Disember tahun lalu atas sebab kemanusiaan
Pada tahun 2017, Fujimori mengeluarkan kenyataan maaf dan meminta pengampunan atas tindakan pentadbirannya ketika itu. -AFP