fb fb fb fb fb

Australia senaraikan Hamas sebagai organisasi pengganas

FOTO AFP

(16 Februari, anggota Briged Al-Qassam menghadiri majlis pengebumian rakan seperjuangan Mohammed Abed yang terkorban akibat terowong bawah tanah runtuh di Semenanjung Gaza)

 

SYDNEY, 17 Februari- Australia akan menyenaraikan pergerakan Hamas sebagai organisasi pengganas.

Sebelum ini, Canberra hanya menyenaraikan sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam, pasukan bersenjata paling digeruni Israel sebagai pertubuhan pengganas.

Hamas yang didakwa Australia dan sekutu barat menguasai Semenanjung Gaza; hakikatnya berusaha untuk ‘membebaskan’ Baitulmaqdis daripada kekejaman rejim Israel, namun tindakan itu dianggap barat sebagai pengganas.

“Hamas tersenarai dalam kumpulan pelampau ganas amat membimbangkan dan tiada tempat di Australia untuk ideologi seperti itu,” kata Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews.

Ketetapan terbaharu itu membolehkan langkah sekatan ke atas sebarang pembiayaan atau menyediakan sokongan lain kepada Hamas – jika bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara 25 tahun.

"Amat penting untuk undang-undang kita menyasarkan bukan sahaja tindakan pengganas dan kumpulan pengganas, tetapi juga organisasi yang merancang, membiayai dan melaksanakan tindakan itu,” kata Andrews.

Sejak 2007, Israel telah mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, apabila Hamas berjaya menguasai penempatan asal penduduk Palestin itu.

Amerika Syarikat sudah lama menyenaraikan Hamas sebagai kumpulan pengganas. Langkah sama turut dilakukan Kesatuan Eropah meskipun ada pertikaian di peringkat awal.

Negara lain yang menyenaraikan Hamas sebagai kumpulan pengganas ialah United Kingdom manakala New Zealand hanya menyenaraikan Briged Al-Qassam sebagai organisasi pengganas.

China, Russia, Switzerland dan Turki juga Malaysia antara negara yang tidak menganggap Hamas sebagai entiti pengganas. -AFP

Media Baharu