(Penduduk Rusia melakukan protes susulan sekatan menyeluruh AS)
WASHINGTON, 1 Oktober- Individu dan firma Rusia dikenakan sekatan menyeluruh oleh Amerika Syarikat (AS) susulan pengisytiharan Presiden Vladimir Putin tentang pengilhakan empat wilayah di Ukraine.
Ia melibatkan ratusan orang dan syarikat di kompleks industri ketenteraan dan penggubal undang-undang Rusia.
Tegas Presiden AS, Joe Biden, masyarakat antarabangsa akan dihimpunkan untuk mengecam tindakan tersebut.
Malah peralatan yang diperlukan akan terus disalur kepada Ukraine bagi mempertahankan diri.
Bagaimanapun, Kedutaan Rusia di Washington tidak memberi sebarang reaksi balas berkenaan kenyataan itu.
Pihak Perbendaharaan AS dan Jabatan Perdagangan memberi amaran kepada firma di luar Rusia yang memberi sokongan politik, ekonomi atau kebendaan kepada Mocsow bakal berdepan risiko sekatan lebih tinggi.
57 entiti di Rusia dan Crimea dimasukkan ke dalam senarai hitam eksport AS.
Sekatan turut dikenakan ke atas 14 individu di Kompleks Perindustrian Ketenteraan Rusia, dua pemimpin bank pusat, ahli keluarga pegawai tertinggi dan 278 anggota badan perundangan Rusia.
(Pihak berkuasa Rusia mengawal rusuhan)