fb fb fb fb fb

Arab Saudi nafi gagal urus jemaah haji

Jemaah haji menggunakan payung untuk melindungi diri panas terik di Arafah/AFP

RIYADH, 22 Jun- Arab Saudi menafikan negara itu gagal dalam menguruskan hal berkaitan jemaah, susulan laporan kematian lebih 1,100 jemaah haji.

Menurut seorang pegawai kanan Arab Saudi, keadaan itu berlaku diluar kemampuan mereka.

"Negeri itu tidak gagal, tetapi terdapat salah penilaian pihak orang yang tidak menghargai risiko," kata pegawai itu kepada AFP.

Suhu yang mencecah sehingga 51.8 darjah celcius telah mengakibatkan lebih 500 jemaah meninggal dunia di Mekah.

Selain itu, lebih 400,000 jemaah dilaporkan tidak mempunyai permit haji turut menyumbang jumlah kematian jemaah.

“Hampir kesemua mereka daripada satu warganegara iaitu Mesir,” kata pegawai itu.

Diplomat Arab memberitahu AFP bahawa 658 jemaah haji rakyat Mesir meninggal dunia dan 630 daripadanya adalah jemaah haji yang tidak berdaftar.

Jemaah haji yang tidak berdaftar tidak mempunyai akses kepada kemudahan yang disediakan termasuk khemah berhawa dingin.

Jumlah jemaah haji tahun ini adalah sebanyak 1.8 juta orang, sama seperti tahun lalu dan 1.6 juta orang adalah dari luar negara.-AFP

ROSLINA BINTI DIN