fb fb fb fb fb

Angka korban penduduk Gaza meningkat kepada 34,568 orang

Bangunan yang musnah dalam pengeboman Israel di Rafah, semalam/AFP

GAZA, 1 Mei- Sekurang-kurangnya 34,568 penduduk Gaza terkorban sehingga kini akibat konflik Israel-Palestin dalam tempoh tujuh bulan.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas menerusi kenyataan berkata jumlah tersebut temasuk 33 kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Tambahnya, seramai 77,765 orang dilaporkan cedera di Gaza sejak konflik bermula, Oktober lalu.

Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.-AFP

ROSLINA BINTI DIN