GAZA, 21 September- Sekurang-kurangnya 41,391 orang terbunuh dalam serangan berterusan Israel terhadap Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, Insiden turut menyebabkan 95,760 orang telah cedera di Gaza sejak konflik Israel-Hamas bermula sejak 7 Oktober lalu.
"Jumlah tersebut termasuk 119 kematian dalam tempoh 72 jam lalu," menurut kenyataan itu.
Serangan berterusan Israel menyebabkan majoriti penduduk Gaza terpaksa berpindah di tengah-tengah sekatan berterusan yang telah mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan. - AFP
BERITA BERKAITAN:
- Presiden Palestin tiba di New York untuk sertai UNGA
- Rakyat Palestin sesak nafas akibat terhidu gas beracun
- China gesa pendudukan haram di Palestin ditamatkan serta-merta
- Malaysia sokong resolusi PBB tamatkan pendudukan haram Israel di Palestin
- Lebih 10,700 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat sejak 7 Oktober