fb fb fb fb fb

Presiden Palestin tiba di New York untuk sertai UNGA

Mahmoud Abbas/ Foto WAFA

NEW YORK, 21 September– Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba di New York semalam untuk menyertai sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).

Memetik laporan agensi berita Palestin (WAFA), Mahmoud dijadual menyampaikan ucapan yang mewakili negara Palestin pada Khamis ini.

Mahmoud merancang untuk bertemu dengan pelbagai pemimpin dunia bagi membincangkan situasi terkini di Palestin.

Sesi itu menandakan detik bersejarah bagi Palestin apabila ia secara rasmi memperoleh kerusi dalam kalangan negara anggota semasa sesi pembukaan yang diadakan pada Selasa lepas selepas satu resolusi diluluskan pada Mei.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM