fb fb fb fb fb

Korban Israel di Lubnan meningkat 31 orang

Foto Hiasan

BEIRUT, 21 September- Jumlah korban akibat serangan udara Israel yang menyasarkan pemimpin tentera Hizbullah di sebuah bangunan di Beirut, Lubnan meningkat kepada 31 orang, hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan Lubnan, Firass Abiad, tiga kanak-kanak antara yang terbunuh dalam insiden itu.

"Tiga kanak-kanak dan tujuh wanita terbunuh dalam insiden terbabit.

"Serangan Israel pada Jumaat itu menyasarkan mesyuarat komander Pasukan Radwan. Seramai 16 daripada ahli mesyuarat itu terkorban," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM