fb fb fb fb fb

Ali Khamenei mengimami solat jenazah Raisi

Foto REUTERS

TEHRAN, 22 Mei- Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei hari ini mengimami solat jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan mangsa-mangsa nahas helikopter yang berlaku pada Ahad lalu.

Ribuan rakyat Iran turut menunaikan solat jenazah berkenaan.

Rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran pagi tadi bagi menyertai perarakan menjelang pengebumian Presiden Iran tersebut.

Orang ramai juga mula berkumpul di dalam dan sekitar Universiti Tehran, sambil memegang potret Raisi.

Terdahulu, Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian serta beberapa yang lain maut apabila pesawat itu terhempas di sebuah kawasan pergunungan, barat laut Iran pada Ahad lalu.- AFP

Artikel Berkaitan:
Puluhan ribu rakyat Iran akan iring jenazah Raisi
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Presiden Iran

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM