fb fb fb fb fb

Puluhan ribu rakyat Iran akan iring jenazah Raisi

Foto AFP

TEHRAN, 22 Mei- Puluhan ribu rakyat Iran memenuhi jalan-jalan utama di sekitar Tehran untuk menyertai perarakan pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

Orang ramai juga berkumpul di dalam dan sekitar Universiti Tehran untuk menyertai perarakan itu, sambil memegang potret Raisi.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei akan memimpin doa untuk Raisi dan mangsa-mangsa korban dalam nahas helikopter tersebut.

Media negara memaklumkan bahawa pemilihan menggantikan Raisi bakal diadakan pada 28 Jun ini.

Terdahulu, Raisi, 63 dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian serta beberapa pegawai yang lain maut apabila helikopter dinaiki mereka terhempas di sebuah kawasan pergunungan, barat laut Iran pada Ahad lalu.

Sementara, Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Bagheri telah mengarahkan satu jawatankuasa berpangkat tinggi melancarkan siasatan ke atas punca nahas helikopter itu.- AFP

Artikel Berkaitan:
Iran adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz
Presiden dan Menteri Luar Iran disahkan maut

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM