fb fb fb fb fb

Israel terus serang Palestin

Foto REUTERS

JABALIA, 22 Mei- Serangan serentak Israel di pinggir utara dan selatan Gaza telah menyebabkan penghijrahan ratusan ribu penduduk Palestin pada Mei.

Serangan tersebut menyukarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, sekali gus meningkatkan risiko kebuluran.

Menerusi video diperoleh REUTERS, pasukan kesihatan Gaza membawa keluar pesakit dari pekarangan hospital di Jabalia dalam keadaan cemas dan ketakutan.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safia berkata hospital tersebut sering kali diserang oleh penjajah Israel.

"Serangan berterusan Israel menyebabkan pintu masuk jabatan kecemasan hospital ini diserang.

"Bukan itu sahaja, serangan bertalu-talu Israel turut menyebabkan bangunan berhampiran kami musnah.

"Kami tidak pernah membayangkan bahawa satu hari nanti jabatan kecemasan akan diserang Israel.

"Jabatan kecemasan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai termasuk kanak-kanak dan warga emas," katanya kepada pemberita di sini. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM