fb fb fb fb fb

Lapan lagi penduduk Palestin dibunuh di Tebing Barat

Foto AFP

JENIN, 22 Mei- Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, awal pagi tadi.

Menurut Kementerian kesihatan Palestin, serangan tersebut turut menyebabkan hampir 20 orang yang lain mengalami kecederaan.

"Serangan Israel turut menyebabkan kepulan asap muncul di kem bersebelahan bandar tersebut.

"Israel telah menyerang bandar itu menerusi beberapa siri letupan hari ini," katanya.

Terdahulu, seorang wartawan AFP melihat empat mayat di sebuah hospital kerajaan di Jenin.

Agensi berita rasmi Palestin WAFA melaporkan bahawa pakar bedah, Usaeed Jabareen dari hospital berkenaan antara yang terbunuh.

Menerusi platform X, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) memaklumkan bahawa Jabareen ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Seorang guru sekolah dan seorang pelajar juga antara yang maut.

Wartawan bebas, Amer Manasra berkata beliau mengalami kecederaan semasa Israel menjalankan serbuan.

"Saya telah terkena peluru sesat Israel semasa serbuan dijalankan itu.

"Insiden berlaku berhampiran pintu masuk ke kem," kata Manasra. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM