VIENNA, 16 Januari- Sekumpulan aktivis muda Yahudi yang menentang dasar Israel menyerbu bangunan Parlimen Austria di Vienna pada Isnin menyuarakan penolakan mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Russia Today (RT) berkata organisasi dikenali "Don't Speak for Us" itu menentang kedudukan kerajaan Israel, mengganggu sesi parlimen Austria sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Aktivis itu turut menaikkan bendera Palestin dan melemparkan risalah di dalam bangunan Parlimen.
Mereka mengecam dan meminta pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza,dihentikan, sebelum polis campur tangan serta memaksa mereka keluar dari bangunan tersebut.
Artikel Berkaitan:
Raja Jordan gesa tekanan antarabangsa hentikan pencerobohan Israel ke atas Gaza
Lebih 24,000 orang terkorban di Gaza
Serangan baru Israel bunuh lebih 60 rakyat Gaza
Israel terus serang Gaza, biarpun berdepan tuduhan di ICJ