fb fb fb fb fb

Taufan Belal landa Reunion, seorang maut

Foto AFP

PERANCIS, 16 Januari- Seorang maut di Saint-Gilles selepas Taufan Belal melanda Reunion salah satu wilayah di seberang laut Perancis.

Menurut perkhidmatan cuaca negara Perancis, Meteo-France, Taufan Belal bergerak masuk dari barat laut dengan membawa angin kencang ekstrem.

"Taufan Belal bagaimanapun tidak menjadi taufan tropika yang kuat," menurut kenyataan tersebut.

Pihak berkuasa meminta 870,000 penduduk pulau yang terletak di timur Madagascar itu berada di kediaman masing-masing; sekurang-kurangnya sehingga hari ini atas faktor keselamatan.

Kementerian Dalam Negeri Perancis berkata Menterinya, Gerald Darmanin akan berada di wilayah terjejas sebagai tanda solidariti, selain menyokong kerja-kerja menyelamat. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM