fb fb fb fb fb

Ahli Parlimen New Zealand letak jawatan, didakwa mencuri

Foto RNZ

WELLINGTON, 16 Januari- Ahli Parlimen New Zealand, Golriz Ghahraman meletak jawatan hari ini atas dakwaan mencuri di kedai dan butik pakaian.

Beliau sedang disiasat oleh polis atas tiga dakwaan terbabit.

Ghahraman mengaku gagal mencapai standard diharapkan daripada ahli politik dan memerlukan masa untuk mengatasi tekanan dan kesihatan mentalnya.

"Tekanan berkaitan dengan kerja mendorong saya untuk bertindak di luar kawalan. Saya tidak cuba untuk memaafkan tindakan saya, tetapi saya mahu menjelaskannya", katanya dalam satu kenyataan.

Ghahraman, 42, kelahiran Iran, berpindah ke New Zealand semasa kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik sebagai pelarian.

Selepas belajar undang-undang, Ghahraman menjadi peguam hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), bekerja di tribunal jenayah antarabangsa sebelum memasuki Parlimen pada 2017. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM