AMERIKA SYARIKAT, 16 Januari- Ekonomi Amerika Syarikat (AS) dilapor terkesan berikutan percubaan Houthi untuk mengganggu perkapalan komersial di Laut Merah.
Ketua Penasihat Ekonomi White House, Lael Brainard mendakwa serangan di Laut Merah telah memberi kesan yang 'sangat sedikit' kepada AS.
Katanya, beberapa syarikat perkapalan telah menggantung operasi di Laut Merah buat sementara dan mengambil laluan lebih jauh di sekitar Afrika.
Houthi yang disokong Iran telah meningkatkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah sebagai protes terhadap konflik Israel-Hamas di Gaza.
Konflik berkenaan setakat ini telah mengorbankan lebih 24,000 orang di Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - REUTERS
Artikel Berkaitan:
Tentera AS tembak jatuh peluru berpandu Houthi
Biden beri amaran lebih banyak serangan akan dilancarkan terhadap Houthi