fb fb fb fb fb

Ahli Parlimen Jepun tubuh kumpulan untuk siasatan kerajaan mengenai UFO

FOTO HIASAN

TOKYO, 28 Mei- Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau UAP yang juga dikenali sebagai UFO.

Jiji Press melaporkan bahawa kumpulan Ahli Parlimen itu akan dipengerusikan oleh Yasukazu Hamada, ketua hal ehwal Parlimen Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.

Bekas Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi, juga dari LDP akan bertindak sebagai setiausaha agung.

Kumpulan itu akan mengadakan mesyuarat agung penubuhannya pada 6 Jun selepas mesyuarat persediaan pada Selasa yang diadakan di badan legislatif Diet di Parlimen Jepun.

Kerajaan Amerika Syarikat juga telah menubuhkan sebuah organisasi khusus dalam Jabatan Pertahanan untuk menyiasat UAP. -BERNAMA-JIJI PRESS

ARTIKEL BERKAITAN
UFO bentuk 'dumbel' muncul di London ketika fenomena 'Worm Moon'
NASA akan terbitkan laporan UFO yang 'ditunggu-tunggu'
NASA sertai pencarian UFO secara rasmi
Kerajaan AS diseru lebih telus tentang UAP, UFO - Saksi
AS siasat 510 laporan penampakan UFO

SITI AISHAH MD ISA