fb fb fb fb fb

NASA sertai pencarian UFO secara rasmi


Washington, 15 September- Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) secara rasmi memberitahu pihaknya menyertai misi pencarian objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) dengan melantik Mark McInerney sebagai pengarah penyelidikan.

Pelantikan McInerney adalah hasil daripada laporan pencarian fakta NASA selama setahun mengenai UFO atau digelar fenomena anomali tidak dikenalpasti (UAP) oleh agensi terbabit.

"Di NASA, sudah menjadi 'DNA' kami untuk melakukan penerokaan. Kami (juga) mahu mengalihkan perbualan tentang UAP daripada sensasi kepada ilmu sains," ujar Bill Nelson, Pentadbir NASA.

Pasukan bebas 16 penyelidik membuat kesimpulan dalam laporan yang didedahkan semalam, bahawa pencarian untuk UAP menuntut pendekatan berasaskan bukti kukuh.

Kerajaan Amerika Syarikat mula mengambil isu UAP dengan lebih serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagiannya disebabkan kebimbangan bahawa ia berkaitan dengan pengawasan asing.

(Bukti rakaman yang didakwa UFO di ruang angkasa Amerika Syarikat/AFP)

Berita berkaitan:
NASA akan terbitkan laporan UFO yang 'ditunggu-tunggu'
Kerajaan AS diseru lebih telus tentang UAP, UFO - Saksi
AS siasat 510 laporan penampakan UFO
Mumia makhluk asing didedahkan di Mexico

Media Baharu