fb fb fb fb fb

Jadi rebutan, baju panas milik Puteri Diana dilelong AS$1.1 juta

(FOTO TWITTER @Sothebys)

NEW YORK, 15 September- Baju panas milik Puteri Diana yang disifatkan ikonik kerana dipakai selepas pertunangannya dengan Putera Charles berjaya dijual pada harga AS1.1 juta (RM5.15 juta) dalam satu lelongan oleh Sotheby's di sini.

Ia yang digelar "Black Sheep" memaparkan seekor kambing biri-biri hitam bersama beberapa ekor kambing biri-biri putih itu terjual selepas 'pertempuran sengit' oleh para pembida di internet.

Jumlah tersebut adalah lebih sepuluh kali ganda daripada anggaran awal lelongan Sotheby iaitu antara AS$50,000 hingga AS$80,000.

Sotheby turut melanjutkan jualan beberapa minit, dengan harga melonjak secara drastik daripada AS$190,000 kepada AS$1.1 juta dalam tempoh 15 minit terakhir.

Jelas pihak itu, ia adalah harga tertinggi yang pernah diterima pada lelongan untuk pakaian milik Puteri Diana.

"Black Sheep" dipakai Puteri Diana ketika beliau berusia 19 tahun ketika menyaksikan perlawanan polo pada Jun 1981.

Reka bentuk baju panas itu sering dikatakan sebagai simbolik kedudukan Diana dalam keluarga diraja Britain. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu