SOFIA, 1 Januari - Bulgaria secara rasmi menjadi anggota ke-21 zon euro dengan sambutan meriah di Sofia, diserikan bunga api dan sorakan orang ramai di luar Bank Pusat Bulgaria.
Peristiwa bersejarah itu diraikan menerusi paparan kira detik pada bangunan bank pusat, diikuti imej syiling euro Bulgaria dan bendera Kesatuan Eropah (EU).
Orang ramai berhimpun di dataran berhampiran bagi menyambut Tahun Baharu serta penggunaan rasmi mata wang euro di negara itu.
Penyelidik pemasaran Ivaylo Sotirov menyifatkan langkah berkenaan sebagai “fasa terakhir integrasi Bulgaria ke dalam Kesatuan Eropah.”
Peniaga barang kemas, Antonia Tsvetkova berkata, penggunaan euro memudahkan pelancong dan peniaga, dengan kedai sudah bersedia menerima mata wang lev serta memberi baki dalam euro.
Bulgaria menyertai zon euro walaupun berdepan tentangan hampir separuh pengundi, meninggalkan hanya beberapa negara EU yang masih belum menggunakan mata wang tunggal itu.
Namun, pengaruh parti euroskeptik dalam kerajaan dan parlimen di negara-negara terbabit dijangka memperlahankan peluasan zon euro dalam masa terdekat.###
