fb fb fb fb fb

Banjir memusnahkan suku hasil ladang Greece

(FOTO AFP)

ATHENS, 15 September- Satu perempat daripada pengeluaran pertanian tahunan Greece telah "lenyap" akibat banjir kilat minggu lalu yang dicetuskan ribut Daniel di wilayah tengah Thessaly, menurut pakar.

Lebih 110,000 ekor haiwan ternakan termasuk biri-biri, kambing, babi, lembu dan ayam mati dalam bencana itu.

Pengeluaran epal dan kiwi di rantau itu juga terjejas, manakala gudang simpanan gandum ditenggelami air.

Jurutera pertanian di Universiti Pertanian Athens, Katerina Kasimati berkata, beberapa bahagian Thessaly menerima hujan setinggi 910 milimeter (tiga kaki) yang dahsyat iaitu lebih daripada setahun kuantiti hujan dalam keadaan biasa

“Banjir menyebabkan hampir 25 peratus daripada pengeluaran tanaman tahun ini hilang, berjumlah ratusan juta euro,” katanya.

Setakat ini, seramai 15 orang disahkan terkorban, manakala ribuan orang terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara di hotel, sekolah atau kediaman saudara mara.

Sementara itu, sebanyak 30 buah kampung tidak dapat diakses di tengah ancaman penyakit bawaan air. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu