(Foto fail/AFP)
WASHINGTON, 18 Januari- Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan ke atas 510 laporan penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) di negara itu.
Kebanyakan penampakan UFO itu dikenal pasti berpunca daripada dron atau belon, namun ratusan lagi masih tidak dapat dijelaskan.
Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Pengarah Perisikan Negara pada 2022, sebanyak 247 laporan Fenomena Anomali Tidak Dikenali (UAP) difailkan sejak Jun 2021.
Laporan itu turut mendedahkan jabatan itu menerima sebanyak 144 laporan penampakan objek udara mencurigakan yang sedang disiasat.
Di samping itu, sebanyak 119 lagi laporan penampakan UFO dalam rekod sejak 17 tahun lalu berjaya ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan laporan sebanyak 510 penemuan UFO.
Siasatan dijalankan oleh Pentagon, agensi perisikan dan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).
Ia tidak menumpukan terhadap kewujudan makhluk luar angkasa tetapi lebih kepada pengintipan oleh negara musuh yang tidak diketahui dan berupaya mengancam keselamatan negara.
(Foto fail/AFP)