fb fb fb fb fb

Satu daripada 20 belia di Seoul hidup terasing

(Foto hiasan/AFP)

SEOUL, 18 Januari- Satu daripada 20 orang belia di Seoul didapati hidup terasing daripada masyarakat disebabkan isu pengangguran atau masalah mental.

Laporan itu merupakan hasil tinjauan yang dilaksanakan Kerajaan Korea Selatan terhadap 5,513 warga di sini pada tahun lepas.

Tinjauan tersebut mendapati kira-kira 4.5% atau 129,000 penduduk Seoul berumur antara 19 dan 39 tahun hidup terasing daripada masyarakat.

Responden menyatakan tiga punca utama yang menyebabkan pengasingan sosial ialah masalah pengangguran atau kesukaran mencari pekerjaan sebanyak 45.5%, masalah psikologi (40.9%) dan masalah dengan individu lain (40.3%).

Lebih 62% golongan muda yang hidup terasing mengaku mereka mengalami masalah emosi dengan ahli keluarga.

Sementara itu, hampir 58% memaklumkan keluarga mereka berdepan masalah ekonomi dan 57% lagi dibuli di sekolah.

(Foto hiasan/AFP)

Media Baharu