(Foto Twitter @theblackpanther)
BEIJING, 18 Januari- Filem terbitan Marvel kembali menembusi pawagam di China, selepas empat tahun 'digam' di negara itu.
'Black Panther: Wakanda Forever' membuka tirai itu dengan dilapor akan ditayangkan di seluruh pawagam China pada 7 Februari ini, diikuti filem 'Ant-Man and the Wasp: Quantumania' pada 17 Februari.
'Spider-Man: Far from Home' pada Julai 2019 merupakan filem Marvel terakhir yang ditayangkan di China.
China tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai sebab filem Marvel disekat.
Filem luar negara sememangnya dikawal ketat di negara terbabit yang mengenakan kuota keluaran tahunan. -AFP
(Foto Twitter @AntMan)